UCAPAN KETUA PEGAWAI AADK DAERAH JERANTUT. Semoga laman Web Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jerantut ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan kepada semua pengguna. Perangi dadah habis-habisan.KETUA PEGAWAI AADK DAERAH EN.YAACOB BIN MOHD DAUD
Pada 21 Disember 2011,telah diadakan satu Program Kembara Hijrah ' JOM KITA BERUBAH ' yang telah dianjurkan oleh AADK NEGERI PAHANG dengan kerjasama dari PDRM,JABATAN PERTAHANAN AWAM,PAID,PEJABAT BELIA DAN SUKAN,JASA serta NGO dan masyarakat setempat.
Pada 8 hingga 9 Disember 2011,bertempat di Pusat Kokurikulum,Jabatan Pelajaran Daerah Jerantut,Pedah telah diadakan Program Komuniti Bebas Dadah Kem (SUKSES,MATANG,AKTIF,RASIONAL,TANGGUNGJAWAB) SMART.
Pada 14/11/11 telah diadakan satu jawatankuasa rumah komuniti bertempat di bilik mesyuarat AADK Daerah Jerantut.Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi Rumah Komuniti Jerantut,En.Abdullah B. Awang Berahim.
Bertempat di Dusun Kalung, Ulu Cheka, telah diadakan Program Sukan dan Rekreasi. Program tersebut berlangsung pada 8 Oktober 2011 dan telah dihadiri seramai 20 orang kes pengawasan.
Bertarikh 27 September 2011 bersamaan dengan 29 Syawal 1432 Hijrah, bertempat di Rumah Komuniti Jerantut telah berlangsung Program Nur Fitrah, 'Sesuci Lebaran, Sucikanlah Hatimu'. Pendaftaran bermula seawal pukul 8.00 pagi.
Pada 16 September 2011, seramai 40 orang staf AAD Daerah Jerantut bersama Ketua Pegawai telah mengikuti Perbarisan Hari Kemerdekaan. Perbarisan tersebut telah diadakan di peringkat daerah bertempat di Padang FA Jerantut.